Remaja 16 tahun hilang selepas tidak hadir tuisyen di Alor Setar

ALOR SETAR 3 Feb – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilapor hilang selepas disedari tidak hadir ke sebuah pusat tuisyen di Hutan Kampung, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata Nur Shifa Tasnim Zurni disedari hilang oleh ibunya pada hari kejadian.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan remaja terbabit jam 3 petang, hari sama.

“Remaja itu mempunyai ketinggian 156 sentimeter (sm) dan memiliki berat badan 50 kilogram (kg) dan memiliki kulit cerah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau terus berhubung pegawai penyiasat Inspektor Noor Izwa Rohaizat di talian 04-7747222,” katanya.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13925

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *