Seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas tercampak ke dalam lubang pembetungan sedalam 10 meter dalam satu kemalangan di Jalan Bunga Tanjung, Tampin, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 malam ketika mangsa yang berusia 14 tahun sedang dalam perjalanan pulang bersama abangnya, 17, selepas selesai makan malam.Motosikal Yamaha Y100 yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan di satu selekoh sebelum terbabas dan melanggar kawasan pembinaan pembetung di bahu jalan.

Mangsa yang merupakan pembonceng disahkan meninggal dunia di Hospital Tampin pada jam 11.30 malam, manakala abangnya hanya mengalami cedera ringan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1A74oxesct/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *