India mencatatkan angka kematian tragis akibat patukan ular dengan sekurang-kurangnya 50,000 nyawa melayang setiap tahun, merangkumi hampir separuh daripada kes global.

Laporan Pasukan Petugas Gigitan Ular Global (GST) mendedahkan bahawa 99 peratus pekerja kesihatan di negara itu berdepan kesukaran kritikal untuk mendapatkan bekalan antivenom bagi menyelamatkan mangsa.Kelemahan infrastruktur dan kelewatan rawatan bukan sahaja membawa maut, malah menyebabkan komplikasi kekal seperti pemotongan anggota badan, sebagaimana yang dialami oleh ramai pekerja sektor pertanian.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), krisis ini memerlukan perhatian serius terhadap akses perubatan dan latihan kepakaran memandangkan terdapat lebih 5.4 juta kes patukan ular dilaporkan di seluruh dunia setiap tahun.Sumber: Berita HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1By6UDJ96V/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *