Menterinya, Anthony Loke, menegaskan bahawa tindakan tegas ini secara automatik menghalang individu terbabit daripada berkhidmat di mana-mana platform e-hailing di negara ini.Susulan kejadian yang tular itu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing untuk membentangkan pelan penambahbaikan keselamatan penumpang.
Pihak Grab Malaysia turut memohon maaf dan menyatakan kekesalan mereka, sambil memberi komitmen untuk memberikan sokongan penuh kepada mangsa bagi memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pelaku.Sumber: Kosmo!, Malay Mail

Leave a Reply