Keterujaan untuk memasuki Malaysia mendorong pendatang asing tanpa izin (PATI) mempelajari asas Bahasa Melayu melalui internet bagi memudahkan pergerakan mereka.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi, mendedahkan bahawa inisiatif itu dilakukan atas saranan rakan-rakan bagi mengurangkan risiko dikesan pihak berkuasa.Selain penguasaan bahasa, pihak maritim turut mengesan penggunaan teknologi dron oleh sindiket penyeludupan untuk memantau pergerakan penguat kuasa di sepanjang perairan Kelantan.

Meskipun sindiket kini semakin licik dengan menggunakan laluan terpencil seperti sungai kecil dan kawasan semak, Maritim Malaysia telah memperketatkan kawalan menggunakan teknologi moden bagi mengekang kemasukan haram tersebut.Sumber: Utusan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17npWBmeZ2/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *