MM2H bukan laluan jadi warganegara Malaysia – Tiong King Sing

Program Malaysia My Second Home (MM2H) bukan laluan pemberian kewarganegaraan, sebaliknya hanya menawarkan pas lawatan sosial jangka panjang kepada warga asing yang ingin menetap sementara di negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, program itu menyediakan kemudahan visa ulang-alik bagi tempoh antara lima hingga 20 tahun tanpa memberi sebarang laluan kepada status warganegara atau pemastautin tetap.

Menurut beliau, penjelasan itu penting bagi mengelakkan salah faham masyarakat terhadap tujuan sebenar pelaksanaan MM2H.

Mengulas perkembangan terkini, Tiong memaklumkan seramai 744 peserta MM2H direkodkan membeli hartanah di Malaysia sejak 2023 hingga 31 Disember 2025.

Warga China menjadi pembeli tertinggi dengan 304 unit, diikuti Taiwan (91), Singapura (63), Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) serta Indonesia dan Jepun masing-masing 14 unit.

Beliau berkata, kementerian turut menetapkan had pembelian hartanah mengikut kategori penyertaan, termasuk syarat minimum RM2 juta bagi kategori Platinum dan RM1 juta bagi kategori Gold.

🔗 Source: https://thereporter.my/mm2h-bukan-laluan-jadi-warganegara-malaysia-tiong/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *