Perdana Menteri menegaskan bahawa kawasan Masalah Sempadan Tertangguh (OBP) antara Malaysia dan Indonesia tidak boleh dianggap milik mana-mana pihak kerana statusnya masih belum dimuktamadkan.

Beliau menafikan laporan yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan tiga kampung di Nunukan, sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar dan mengelirukan.Menurutnya, penentuan sempadan darat Malaysia–Indonesia berpandukan konvensyen dan perjanjian lama antara British dan Belanda, termasuk Konvensyen 1891, Perjanjian 1915 dan Konvensyen 1928.

Sumber: Harian MetroGambar: Aljazeera

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/15apzns1n2W/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *