Menurut beliau, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas perbincangan bersama Mohd Ali Mohd Rustam dijalankan.
Setakat ini, permohonan peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Dr Muhamad Akmal masih belum diputuskan secara rasmi.Dr Muhamad Akmal sebelum ini mengumumkan hasrat melepaskan jawatan susulan kenyataannya menggesa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, yang mendapat reaksi negatif daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, beliau masih meneruskan tugas seperti biasa sebagai Exco negeri.Sumber: BernamaGambar: FB Ab Rauf Yusoh / UMNO Online

Leave a Reply