RM150 juta SARA 2025 tak dituntut, disalur semula kepada golongan rentan

Kerajaan mengagihkan semula baki peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM150 juta yang tidak dituntut sehingga 31 Disember lalu kepada golongan memerlukan, sebagai langkah memastikan dana awam terus memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata hampir keseluruhan peruntukan SARA 2025 dimanfaatkan penerima, dengan nilai transaksi melebihi RM2.05 bilion, manakala hanya empat peratus tidak digunakan.

🔗 Source: https://thereporter.my/rm150-juta-sara-2025-tak-dituntut/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *