Tindakan tersebut dianggap biadab dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat, lebih-lebih lagi apabila mereka menggunakan tali yang diikat pada tembok kawasan berkenaan sebagai jaring (net).Hantaran tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna X warga Jepun menarik perhatian ramai, termasuk netizen dari Indonesia sendiri yang tampil memohon maaf atas kelakuan memalukan tersebut.
Meskipun mereka melakukan aksi tunduk hormat selepas tamat permainan, perbuatan menjadikan kawasan perkuburan sebagai tempat bersukan dilihat sebagai tindakan yang mencalarkan imej pelancong dan negara asal mereka.Sumber: X @ harukaawake, Gambar Hiasan

Leave a Reply