Perdana Menteri India, Narendra Modi, dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 7 hingga 8 Februari 2026 atas jemputan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Lawatan itu merupakan kunjungan balas susulan lawatan Anwar ke India pada Ogos 2024 dan dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.Kementerian Dalam Negeri menggesa orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan sepanjang tempoh lawatan itu.

Polis Diraja Malaysia akan menguruskan aspek keselamatan bagi memastikan lawatan rasmi berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam.Sumber: Harian Metro

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1KxjhY4MAL/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *