Kecewa menangis tiga hari selepas putus cinta, seorang wanita di China dikenali sebagai Zhao nekad menghantar satu tan (1,000 kg) bawang ke rumah bekas kekasihnya.

Zhao mahu lelaki itu merasai kepedihan yang sama dan “menangis” bersamanya, siap dengan nota: “Sekarang giliran awak pula.” Bagaimanapun, rancangan itu gagal apabila si bekas kekasih langsung tidak menangis, malah bertindak menjual semula kesemua bawang tersebut untuk mengaut keuntungan.

Jiran-jiran pula hanya mampu merungut gara-gara bau bawang yang terlampau kuat di kawasan kediaman mereka.Sumber: China TravelsGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DhrpHmVnC/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *