‘Lebihan makanan diberi kepada haiwan, bukan untuk dijual semula’ – Pemilik premis

Kontroversi video tular yang mendakwa sebuah restoran nasi kandar di Kemayan Square membasuh lebihan makanan untuk dijual semula akhirnya mendapat penjelasan daripada pemilik premis, yang menyifatkan kejadian itu berpunca daripada salah faham pekerja.

Pemilik RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, berkata dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan bertentangan dengan amalan perniagaannya selama ini.

Menurut beliau, menjual semula makanan lebihan bukan sahaja berisiko tinggi, malah boleh menjejaskan kepercayaan pelanggan.

“Makanan lebihan cepat rosak dan berbau. Pelanggan pasti boleh kesan kalau ia digunakan semula,” katanya.

🔗 Source: https://thereporter.my/lebihan-makanan-diberi-kepada-haiwan-bukan-jual-semula/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *