Seorang wanita berusia 19 tahun di Kota Blitar, Indonesia, dilaporkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga (KDRT) selepas dibelasah suaminya akibat perselisihan faham berkaitan aktiviti siaran langsung di TikTok.

Mangsa mendakwa rambutnya ditarik, dikurung di dalam bilik sewa, dan dipukul sehingga mengalami kecederaan serius termasuk lebam di bahagian mata, pipi, leher, serta benjolan di kepala.Pihak polis dari Polres Blitar Kota telah mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada petang Ahad lalu.

Suspek yang berusia 18 tahun kini sedang dalam siasatan intensif pihak berkuasa, manakala mangsa telah diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan bagi tujuan dokumentasi kes di bawah undang-undang keganasan rumah tangga.Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1HPFKdjVJH/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *