Menggunakan Skim Shakti (perjalanan bas percuma untuk wanita), remaja perempuan tersebut bersama adiknya menaiki bas merentasi beberapa daerah termasuk Shivamogga dan Chitradurga tanpa pengetahuan keluarga.Kehilangan mereka disedari ibu bapa sebelum laporan polis dibuat, yang kemudiannya mencetuskan operasi pencarian di seluruh negeri Karnataka.
Berdasarkan maklumat orang awam yang mengecam wajah mereka melalui hebahan media sosial, polis berjaya mengesan kedua-dua kanak-kanak itu di Chitradurga dan membawa mereka pulang dengan selamat untuk disatukan semula dengan keluarga.
Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

Leave a Reply