Huang Kaihong, 24, mendapat perhatian dunia sebagai ‘penghantar makanan paling kesepian di China’ selepas menjadi satu-satunya rider sepenuh masa di daerah terpencil Medog, Tibet.

Sejak perkhidmatan Taobao Shangou diperkenalkan pada Ogos 2024, pemuda asal Sichuan ini menggalas tanggungjawab besar menghantar sehingga 200 pesanan sehari merentasi bentuk muka bumi yang ekstrem dan jalan gunung yang kasar.Walaupun sering berdepan cabaran musim hujan dan kos penyelenggaraan motor yang tinggi, Huang menganggap kerjanya sebagai satu kebebasan.

Selain menghantar makanan, dia turut menguruskan operasi stesen penghantaran dan mempromosikan lebih 300 perniagaan tempatan.

Kisahnya yang tabah mengharungi kesunyian demi membantu komuniti kini tular di media sosial China dengan meraih lebih dua juta tontonan.Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1HArVjYdSk/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *