Ibu negara Vietnam, Hanoi, kini berdepan krisis kesesakan lalu lintas kritikal yang mengakibatkan kerugian ekonomi mencecah AS$1.

2 bilion setiap tahun.

Ketidakseimbangan antara pertumbuhan kenderaan persendirian (4-5% setahun) dengan pembangunan infrastruktur jalan raya yang perlahan menjadi punca utama kegagalan mobiliti di bandar raya tersebut.Masalah ini turut diburukkan lagi oleh kelemahan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap, di mana masa perjalanan bas adalah dua kali ganda lebih lama berbanding motosikal.

Kesannya, kos logistik melonjak kepada hampir 17 peratus daripada KDNK, selain menjejaskan produktiviti dan daya tarikan pelaburan Hanoi.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan situasi ini sebagai penghalang besar kepada pembangunan sosioekonomi jangka panjang negara.Sumber: Berita HarianGambar: VOV

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1HDTGFnogd/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *