16 pagi Ahad di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
Pemergiannya disahkan oleh isteri, Hamidah Mohd Yatim, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.Terdahulu, Allahyarham atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.
Beliau turut mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum disahkan mengalami jangkitan pada stent di saluran hempedu.Anak kelahiran Ipoh, Perak ini memulakan kerjaya sebagai peniup trompet sebelum mencipta nama dalam bidang lakonan sejak tahun 2003.
Sepanjang kariernya, beliau pernah membintangi pelbagai filem dan drama popular serta dikenali sebagai seorang pelakon berbakat dan berdedikasi.Sumber: mStar Online

Leave a Reply