Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan memastikan penguatkuasaan dibuat secara teratur dan berlandaskan undang-undang.Menurut beliau, penyerahan tanggungjawab kepada PBT membolehkan tindakan diambil di peringkat tempatan dengan lebih cepat dan berkesan, khususnya terhadap kes pencerobohan tanah atau pembinaan di kawasan awam tanpa kebenaran.Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa penguatkuasaan tidak akan dibuat secara terburu-buru.
PBT perlu memberi tempoh munasabah kepada pihak pengurusan rumah ibadat untuk mengemukakan dokumen serta mencari penyelesaian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.Beliau turut mengingatkan bahawa semua rumah ibadat, tanpa mengira agama, tertakluk kepada peraturan yang sama.
Kerajaan komited mengekalkan keharmonian antara penganut agama, namun tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply