Kehilangan yang tak terungkap menyelubungi sebuah keluarga apabila adik bongsu mereka, Alesya Qaisara Ahmad Nazri, meninggal dunia dipercayai akibat hilang kawalan ketika menjalani ujian motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah institut latihan di Salak Tinggi, Sepang.
Menurut kakaknya, Alesya meninggal dunia di tempat kejadian dan sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
“Buat yang mengenali adik bongsu saya, yang baik dan cantik ini, adik kandung saya telah kembali ke rahmatullah. Adik tiada sakit dan sedang menjalani ujian JPJ ketika motosikal yang dibawa hilang kawalan dan mengakibatkan kematian di tempat kejadian,” katanya.
Bukan tak redha dik, cuma alang terkilan. Bertapa cuai dorang. Adik menuntut ilmu kan sayang 💔
Keluarga mangsa turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana sehingga kini mereka tidak menerima penjelasan atau tanggungjawab daripada pihak institut latihan mengenai punca sebenar kejadian.
“Sehingga kini kami sekeluarga tiada dapat pencerahan dan tanggungjawab daripada pusat latihan memandu tersebut tentang punca kejadian. Mohon pembelaan buat adik saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian memberitahu bahawa dia terdengar bunyi hentakan dan menyedari arwah terlanggar tandas di institut berkenaan semasa kemalangan berlaku.
🔗 Source: https://thereporter.my/wanita-sebak-adik-bongsu-maut-ketika-jalani-ujian-jpj/

Leave a Reply