Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kedua-dua remaja berusia 18 dan 15 tahun itu diberkas selepas pihaknya mengesan video tular berdurasi 14 saat di Facebook yang memaparkan perbuatan berisiko tinggi tersebut.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 30 Januari lalu antara jam 3.30 pagi hingga 4 pagi, sebelum rakaman itu mendapat perhatian ramai dengan lebih 1,500 tanda suka dan pelbagai komen.
Polis turut merampas motosikal Yamaha 135LC yang digunakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sumber: Malaysia Gazette

Leave a Reply