Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman, berkata banyak kuil yang dipertikaikan sudah wujud sejak puluhan tahun lalu, malah ada yang hampir mencecah usia 100 tahun.Menurutnya, kebanyakan kuil lama tidak mempunyai dokumentasi rasmi kerana kegagalan pemilik tanah dan pemaju terdahulu menyediakan tapak secara sah.
Keadaan itu menyebabkan rumah ibadat berkenaan berdepan masalah apabila kawasan tersebut dibangunkan semula, walaupun telah lama beroperasi dalam komuniti setempat.Beliau menegaskan, isu melibatkan kuil lama tidak boleh disamakan dengan pencerobohan baharu kerana ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran lampau dan kegagalan perancangan.
Melabel rumah ibadat lama sebagai βharamβ tanpa memahami latar belakangnya hanya berisiko mencetuskan salah faham serta ketegangan dalam masyarakat.Sumber: Malaysia Gazette
π Source: https://www.facebook.com/share/14WEKJ32ZJb/

Leave a Reply