Seorang wanita berusia 29 tahun dari Terengganu menjadi satu-satunya individu di Malaysia yang memiliki kumpulan darah paling jarang ditemui di dunia, iaitu Rh null atau dikenali sebagai The Golden Blood.

Keunikan darah ini, yang hanya dimiliki oleh kira-kira 50 orang di seluruh dunia sejak pertama kali ditemui pada 1961, tidak mengandungi sebarang antigen, menjadikannya darah paling universal untuk menyelamatkan nyawa.Pemilik darah emas ini hanya mengetahui keistimewaannya pada tahun 2016 selepas menderma darah.

Meskipun sedar akan risiko besar sekiranya memerlukan pemindahan darah, beliau komited menderma darah untuk simpanan Pusat Darah Negara (PDN) dan sentiasa berwaspada, termasuk memaklumkan status darahnya ketika terlibat dalam kemalangan pada 2024.

Beliau berharap kisahnya ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan menderma darah bagi mengenal pasti jenis darah masing-masing.Sumber: Berita Harian Gambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17wj6W38cV/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *