Seorang warga emas, Pak Din, 61, yang diserang angin ahmar ditemui dalam keadaan menyayat hati, terlantar sendirian dan tidak terurus dipenuhi najis di kediamannya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

Kisah malang mangsa yang dipercayai terbiar selama dua tahun itu tular selepas diselamatkan oleh aktivis sosial NGO Jejak Jalanan, Abbe Hae.

Walaupun mempunyai anak yang bekerja di luar negeri, Pak Din hanya mengharapkan belas ihsan jiran untuk makan dan mandi sebelum ini.Pihak JKM Kelantan mengesahkan Pak Din adalah penerima Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan, namun siasatan lanjut akan dijalankan berhubung unsur pengabaian terhadap mangsa.

Buat masa ini, Pak Din telah dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum ditempatkan di pusat jagaan orang tua yang lebih rapi.Sumber: Harian MetroGambar: FB Abbe Hae

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Dd8H3d3FB/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *