Tahap rawatan dalam kalangan pesakit diabetes di Kelantan masih rendah apabila hanya kira-kira 30 peratus tampil mendapatkan rawatan, walaupun jumlah penghidapnya mencecah 300,000 orang.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, satu daripada enam penduduk negeri itu dikenal pasti menghidap kencing manis, termasuk golongan muda seawal usia 18 tahun, dipercayai berpunca daripada faktor gaya hidup dan pemakanan.Beliau mengingatkan bahawa diabetes boleh membawa kepada komplikasi serius jika tidak dikawal, sekali gus memberi tekanan kepada sistem kesihatan.

Orang ramai disaran menjalani pemeriksaan awal serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit kronik.Sumber: Harian MetroGambar: Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DPmPskv2o/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *