Tiga warga Bangladesh berusia 29 hingga 44 tahun diselamatkan pihak polis dalam Op Pintas di sebuah tapak pembinaan di Hulu Terengganu selepas menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa.

Mangsa mendakwa tidak dibayar gaji selama lima bulan sehingga terpaksa menangkap ikan dan mencari hasil hutan di sekitar Tasik Kenyir untuk kelangsungan hidup.

Siasatan mendapati majikan bukan sahaja gagal menyediakan tempat tinggal kondusif, malah bertindak menyimpan pasport dan permit kerja mereka secara haram.Susulan serbuan tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang dipercayai majikan mangsa telah ditahan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1E6sUCXY2N/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *