Berdasarkan surat tular bertarikh 6 Februari 2026, Ahli Parlimen Larut itu didakwa terlibat dalam komplot mensabotaj Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 serta gagal mendisiplinkan pengikutnya daripada mencemarkan imej parti dan melemahkan kedudukan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Aduan lain turut mendakwa beliau terlibat dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi memanipulasi ketetapan parti serta cuba menggagalkan usul mengekalkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri Ke-11.
Notis tersebut menegaskan bahawa kegagalan Hamzah untuk hadir membolehkan Lembaga Disiplin membuat keputusan muktamad tanpa kehadirannya mengikut Perlembagaan Parti.Sumber: UtusanGambar: FB Hamzah Zainudin

Leave a Reply