Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan beliau akan meninggalkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa akhir bulan ini, selepas menerajui organisasi itu sejak Januari 2023.

Pengunduran beliau adalah keputusan peribadi selain mahu melangkah ke fasa baharu dalam hidup.Suhaimi, yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran dan pentadbiran termasuk di Bernama, Astro Awani dan Media Prima, menyifatkan masa bersama warga RTM sebagai pengalaman yang sangat bermakna.

Beliau bangga dengan pencapaian dan kemajuan yang dicapai hasil kerjasama pasukan yang kreatif, berbakat dan berdedikasi tinggi.Sumber: Astro AwaniGambar: Facebook Suhaimi Sulaiman

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DZ9h3KQ2K/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *