Lima daerah di Kedah dilanda cuaca panas tahap satu

KUALA LUMPUR 11 Feb – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) melibatkan lima daerah di Kedah, hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terjejas ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

Menurut kenyataan itu, status tahap satu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian merekodkan bacaan antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Selain itu, MetMalaysia menjelaskan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius diklasifikasikan sebagai cuaca panas tahap dua, manakala bacaan melebihi 40 darjah Celsius pula berada pada tahap tiga.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta status terkini cuaca panas harian dengan melayari portal rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14094

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *