Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan hampir 80 peratus atau 62 daripada 75 kes salah laku anggota penguat kuasa yang disiasat tidak diambil tindakan oleh jabatan berkaitan.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr.

Ismail Bakar, menegaskan bahawa kegagalan agensi mematuhi syor tatatertib ini menjejaskan keyakinan awam dan akauntabiliti negara.

Dalam tempoh lima tahun, EAIC menerima 2,381 aduan melibatkan pelbagai pelanggaran SOP dan penyalahgunaan kuasa, namun banyak syor tindakan tatatertib seolah-olah “dipandang sepi”.Isu ini akan dibawa ke perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk tindakan lanjut.

Pendedahan ini hadir susulan amaran keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi tempoh seminggu kepada ketua agensi untuk melakukan pembaharuan atau berdepan tindakan turun pangkat.

EAIC juga berharap penubuhan Ombudsman Malaysia kelak dapat memastikan setiap dapatan siasatan diambil tindakan dengan lebih berkesan.Sumber: UtusanGambar: Harian Metro

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DeRKqAE53/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *