Kebiasaannya, saya bersama rakan-rakan akan pergi memancing di beberapa lokasi seperti kawasan kunci air, tali air, sawah padi dan paya. Ikan yang menjadi target adalah puyu, haruan dan ikan-ikan kecil lain. Lokasi pertama yang kami cuba adalah kawasan sawah padi yang masih belum diusahakan kerana pemiliknya menunggu hingga cuaca elok barulah akan ditabur benih padi. Joran pole atau telescopic adalah yang terbaik untuk memancing dengan teknik berpelampung bersama seutas tali mono dengan mata kail kecil, saiz antara tujuh hingga 10……
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/02/12/cari-ikan-selepas-musim-tengkujuh/

Leave a Reply