Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Amerika Syarikat meninggal dunia selepas terjun ke dalam penggoreng jeluk (deep fryer) di tempat kerjanya dalam satu kejadian yang disahkan sebagai cubaan bunuh diri oleh pihak berkuasa.
Insiden tragis itu berlaku di sebuah cawangan Olive Garden di negeri Pennsylvania. Mangsa yang identitinya tidak didedahkan dilaporkan menanggalkan pakaian di dapur sebelum terjun secara meniarap ke dalam mesin penggoreng berisi minyak panas.
Menurut Polis Negeri Pennsylvania, mangsa segera dikejarkan ke hospital selepas pasukan kecemasan tiba di lokasi. Namun, dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.
🔗 Source: https://thereporter.my/pekerja-restoran-maut-terjun-deep-fryer/

Leave a Reply