Prof.

Dr.

Sharifa Ezat Wan Puteh dari UKM memberi amaran kepada ibu bapa agar tidak menjadikan mi segera sebagai solusi mudah buat anak yang cerewet makan.

Dengan kandungan sodium mencecah 1,500mg sepaket, hampir menyamai had harian 2,000mg yang disyorkan WHO pengambilan rutin merisikokan kanak-kanak kepada kerosakan buah pinggang, jantung, serta masalah obesiti dan sindrom metabolik.

Selain rendah serat dan protein, tabiat ini boleh menyebabkan anak hilang minat terhadap makanan berzat seperti sayur dan buah.

Ibu bapa digesa mengutamakan hidangan seimbang dan ringkas di rumah bagi menjamin kualiti kesihatan serta tumbesaran generasi masa depan dalam jangka panjang.Sumber: UtusanGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1CM4aAG9WK/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *