Seorang lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Chandra ditahan polis selepas dipercayai memuat naik hantaran berunsur hasutan di Facebook yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Tindakan itu diambil susulan aduan orang awam yang mendakwa kandungan berkenaan bersifat menghina serta berpotensi mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marshidi berkata suspek ditahan sekitar jam 3 petang dan sebuah telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati hantaran tersebut menyentuh isu komuniti India dan pembinaan kuil, sekali gus mencetuskan reaksi meluas di media sosial.
🔗 Source: https://thereporter.my/hantaran-isu-kuil-cikgu-chandra-ditahan-polis/

Leave a Reply