Perkara itu katanya boleh menjejaskan imej Malaysia, terutama apabila dibandingkan dengan negara seperti Jepun yang terkenal dengan budaya sopan dan mesra pelanggan.Beliau turut memaklumkan pihaknya menerima aduan pelancong mengenai layanan buruk di pusat beli-belah, termasuk sikap jurujual yang memandang sinis seolah-olah pelanggan melakukan kesalahan.Justeru, beliau merancang untuk bertemu pengurusan pusat beli-belah selepas sambutan Tahun Baharu Cina bagi menyampaikan mesej tegas supaya budaya layanan mesra diperkukuh.
Sumber: Harian MetroGambar: FB Tiong King Sing

Leave a Reply