Operasi menyelamat seorang operator kren di Tabuan Jaya, Kuching, berakhir dengan situasi melucukan apabila lelaki berusia 41 tahun itu didapati hanya sedang tidur di dalam jentera berkenaan.

Pihak bomba dikerahkan ke lokasi pada jam 9.16 malam selepas pengurus tapak melaporkan mangsa gagal dihubungi dan tidak turun kerja sejak jam 5 petang.

Meskipun berdepan risiko tangga licin dan hujan renyai, anggota bomba berjaya memanjat kren setinggi 54 meter tersebut hanya untuk mendapati mangsa berada dalam keadaan selamat.

Siasatan mendapati berlaku salah faham komunikasi di mana mangsa sebenarnya merancang untuk bermalam di situ tanpa memaklumkan pihak pengurusan, selain gagal menjawab panggilan telefon serta walkie-talkie.Sumber: Berita HarianGambar MRT Corp

πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/18EpYrbHYC/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *