‘Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?’ – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegur desakan agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipecat dan menekankan bahawa kepercayaannya terhadap Azam tidak terjejas meskipun timbul kontroversi pegangan saham.

“Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?…Baca penjelasan dia.

“Ini satu penyakit. Orang buat kerja, you maki pasal apa? Salah. Dengar penjelasan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Azam pernah memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad dan 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.

Azam menegaskan semua pegangan sahamnya telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan dilupuskan pada Julai tahun lalu. Nilai saham Velocity Capital Partner dianggarkan antara RM1.06 juta hingga RM1.327 juta, manakala Awanbiru Technology bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.378 juta.

Pendedahan ini mencetuskan gesaan agar Azam digantung, dipecat atau disiasat. Azam pada Rabu tampil menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.

🔗 Source: https://thereporter.my/orang-yang-buat-kerja-nak-pecat-pasal-apa-anwar-ibrahim/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *