Jabatan Negara Amerika Syarikat meluluskan jualan ketenteraan asing (FMS) bernilai AS$45 juta kepada Denmark melibatkan peluru berpandu AGM-114R Hellfire serta peralatan berkaitan.

Kelulusan itu dimaklumkan selepas Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) menghantar notifikasi rasmi kepada Kongres.Menurut DSCA, pakej berkenaan merangkumi sehingga 100 unit misil Hellfire, pelancar, peluru berpandu ujian serta treler sokongan.

Lockheed Martin Missile and Defense dinamakan sebagai kontraktor utama bagi membekalkan sistem persenjataan tersebut.Jabatan Negara AS memaklumkan jualan ini bertujuan menyokong sekutu NATO serta meningkatkan tahap interoperabiliti Denmark.

DSCA turut menegaskan bahawa perjanjian itu tidak akan mengubah keseimbangan ketenteraan asas di rantau terbabit, tidak memerlukan penempatan anggota AS, dan tidak menjejaskan kesiapsiagaan ketenteraan Amerika Syarikat.Sumber: DSCA / Jabatan Negara AS

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18E1rL3u9X/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *