Dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Adlin Abdul Majid, pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun di bawah Akta Kanak-kanak 2001, hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah bawah 18 tahun, sebaliknya diganti dengan tahanan selama diperkenankan oleh pihak berkuasa negeri.
Mahkamah menetapkan 6 Mac depan untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh perbicaraan yang dijangka bermula pada Julai 2026.Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

Leave a Reply