Seramai 16 Ahli Parlimen dari BERSATU secara terbuka mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai presiden parti, susulan dakwaan beliau tidak lagi mampu menyatukan kepimpinan dan akar umbi.

Desakan itu disuarakan menerusi satu kenyataan media bersama yang ditandatangani kesemua wakil rakyat berkenaan.Walaupun mengakui jasa dan sumbangan bekas Perdana Menteri itu, kumpulan berkenaan berpendapat kepimpinan semasa tidak lagi membawa parti ke arah kemenangan.Dalam kenyataan sama, mereka menyuarakan keyakinan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin mampu memikul peranan sebagai pemangku Presiden, selain diyakini dapat mengembalikan fokus perjuangan parti kepada agenda rakyat serta menyatukan semula BERSATU.

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AwnffRAHY/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *