Dua pensyarah UiTM mangsa pokok tumbang Shah Alam selamat

SHAH ALAM – Dua wanita yang terselamat dalam insiden kenderaan mereka dihempap pokok tumbang di Seksyen 7, merupakan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua iaitu Dr. Nur Shahidah Ab. Aziz, 39, dan Dr. Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam.

“Berdasarkan maklumat, kedua-dua pensyarah berada dalam keadaan sedar walau pun mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan serta pemerhatian doktor di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua wanita bersilih maut apabila kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander dinaiki mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7 di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan Nur Shahidah mengalami luka di di bahagian kepala dan muka manakala Shareena cedera di bahagian pinggang. – KOSMO! ONLINE

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/02/16/video-dua-pensyarah-uitm-mangsa-pokok-tumbang-shah-alam/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *