Amerika Syarikat bersama Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mengeluarkan kenyataan bersama mengecam keras serangan peluru berpandu serta dron Iran di seluruh Timur Tengah.

Mereka menyifatkan serangan itu sebagai “tidak berasas” dan “melulu” kerana didakwa menyasarkan wilayah berdaulat, membahayakan orang awam serta merosakkan infrastruktur awam.Dalam kenyataan sama, tujuh negara itu menegaskan tindakan Tehran merupakan peningkatan berbahaya yang mengancam kestabilan serantau, selain mengulangi pendirian untuk mempertahankan keselamatan rakyat masing-masing.Sumber: Al JazeeraGambar hiasan: AI / Freepik

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1KPbE1xiUG/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *