Maersk, syarikat perkapalan kontena terbesar dunia, mengumumkan penggantungan semua laluan kapal kargonya melalui Selat Hormuz atas faktor keselamatan sehingga diberitahu kelak.

Dalam kenyataan rasmi, kumpulan dari Denmark itu menegaskan keselamatan kru, kapal dan kargo pelanggan menjadi keutamaan utama susulan situasi keselamatan yang tidak menentu di laluan strategik berkenaan.Langkah itu dibuat selepas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan penutupan Selat Hormuz, laluan sempit yang menjadi nadi eksport minyak dan gas utama Timur Tengah ke pasaran global.Sumber: Al JazeeraGambar: Fast Company

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BPWhirWZr/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *