Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menegaskan negaranya tidak menyerang negara jiran di Teluk Parsi, sebaliknya hanya menyasarkan kepentingan dan pangkalan tentera Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap “pencerobohan” Washington.

Menurut beliau dalam wawancara bersama Al Jazeera, Iran mempunyai hubungan baik dengan negara di seberang Teluk dan bertekad mengekalkannya, sambil menyifatkan tindakan ketenteraan yang dilakukan sebagai langkah mempertahankan diri.Araghchi turut mendakwa Iran menyasarkan anggota dan fasiliti ketenteraan AS di rantau itu kerana tidak mampu menyerang wilayah Amerika secara langsung, selain menuduh pihak tentera AS telah mengosongkan pangkalan mereka dan berlindung di lokasi awam.Sumber: Al JazeeraGambar: Ali Khamaj

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DuiEAgcmd/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *