Parti pembangkang utama India, Indian National Congress (INC), mengecam keras pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Hosseini Khamenei, yang terbunuh dalam serangan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel, sambil menyifatkannya sebagai pembunuhan bersasar tanpa pengisytiharan perang rasmi.

Dalam kenyataan tegas, INC menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Khamenei, rakyat Iran serta komuniti Syiah dunia dan menegaskan tindakan tersebut melanggar prinsip kedaulatan negara serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain bercanggah dengan dasar luar India yang berteraskan dialog serta penyelesaian aman.Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi setakat ini belum mengeluarkan kenyataan khusus mengenai pembunuhan Khamenei, meskipun beliau sebelum ini mengecam serangan terhadap Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menyeru de-eskalasi serta kestabilan serantau ketika ketegangan di Timur Tengah memuncak.Sumber: X Narendra ModiGambar: Kashmir Exclusive

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AXHKYVU97/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *