Kes pemandu mabuk: Ustaz Wadi Annuar gesa undang-undang diperkasakan

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar, menggesa agar undang-undang diperkasakan supaya pampasan (diyat) dapat disalurkan kepada waris mangsa dengan lebih cepat dan efisien.

Menurutnya, hukuman penjara sahaja tidak mampu menyara anak yatim dan isteri yang kehilangan punca nafkah, justeru tindakan undang-undang yang lebih tegas diperlukan untuk memastikan waris menerima hak mereka tanpa membebankan.

“Kes pemandu mabuk: Hukuman penjara tidak mampu menyara anak yatim dan isteri yang hilang punca nafkah. Undang-undang perlu diperkasakan agar pampasan (diyat) sampai kepada waris dengan cepat tanpa membebankan,” katanya.

Gesaan Ustaz Wadi itu hadir susulan kejadian tragis di Jalan Raya Barat, Klang di mana seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh oleh seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah pada Ahad pagi.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan mahu membeli makanan untuk isteri dan anak-anak.

GRAPHIC CONTENT ADVISORY! TRIGGER WARNING!Aku jarang share benda camni tapi ni ada kena mengena dengan kejiranan aku.Keta yang tempias akibat kemalangan ni jiran2 aku. Kejadian tak sampai berapa ratus meter taman aku.Bayangkan 11:46 pagi ADA YANG MABUK BAWAK KETA CAMNI! pic.twitter.com/i2J7UIBXvY

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Honda City berusia 20-an memandu secara laju dan membahayakan, memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

Mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tercampak ke atas sebuah kereta Perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta positif alkohol dan dadah. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

🔗 Source: https://thereporter.my/kes-pemandu-mabuk-ustaz-wadi-annuar-gesa-undang-undang-diperkasakan/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *