Italy dilaporkan menolak permintaan pesawat tentera Amerika Syarikat untuk mendarat di pangkalan udara Sigonella di Sicily sebelum meneruskan operasi ke Timur Tengah kerana tiada kelulusan rasmi diperoleh terlebih dahulu.

Menurut laporan, beberapa pesawat pengebom AS sepatutnya menggunakan pangkalan itu, namun kerajaan di Rome menegaskan setiap penggunaan fasiliti ketenteraan perlu melalui proses kebenaran dan rundingan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sedia ada.Walaupun keputusan itu dibuat di tengah ketegangan perang Iran, kerajaan Italy menegaskan hubungan dengan AS kekal kukuh dan setiap permintaan akan dinilai secara kes demi kes, berbeza dengan langkah lebih tegas Sepanyol yang menutup terus ruang udaranya.Sumber: Reuters

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18gCfntA9o/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *