Isteri kepada mangsa kemalangan maut akibat dirempuh pemandu mabuk di Klang meluahkan rasa syukur apabila suspek akhirnya didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh, Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nurul Nadia Abdul Majid berkata, walaupun masih bersedih dengan kehilangan suami, perkembangan kes itu sedikit sebanyak memberi kelegaan selepas menunggu tindakan undang-undang diambil.Menurutnya, apa yang berlaku tidak akan mengembalikan nyawa suaminya, namun dia berharap keadilan dapat ditegakkan terhadap perbuatan yang meragut nyawa insan tersayang.Sementara itu, tertuduh yang berusia 28 tahun hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Klang, dengan kes kini menunggu proses lanjut di Mahkamah Tinggi.Sumber: Utusan Online / Kosmo! OnlineGambar: Berita Alhijrah

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AhhU6tENw/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *