Author: jnj-admin

  • Abby Abadi pecah mulut isu Marissa-Aslam, kakak Misya Mazlan tampil cabar bukti

    Abby Abadi pecah mulut isu Marissa-Aslam, kakak Misya Mazlan tampil cabar bukti

    KUALA LUMPUR 1 April – Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi akhirnya tampil memberikan penjelasan terbuka berhubung kemelut rumah tangga anaknya, Marissa Dania bersama Aslam yang hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

    Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Abby menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak menyokong tindakan anaknya yang memilih untuk “masuk” ke dalam rumah tangga orang lain sehingga mendakwa telah cuba menarik anaknya keluar daripada hubungan tersebut namun gagal.

    Abby menjelaskan, beliau selama ini memilih untuk berdiam diri bagi menghormati perasaan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan, namun terpaksa bersuara apabila timbul isu melibatkan proses cerai dan rujuk yang didakwa seolah-olah mempermainkan anaknya.

    “Saya tak pernah dan langsung tak sebut tentang isterinya (Misya) sebab saya tahu dia tentu dah terluka dengan apa yang berlaku. Tapi bila jadi hal ini… bila Aslam dan Marissa teruskan juga sampai nikah di Thailand, saya berbunyi juga,” tulisnya.

    Beliau turut melahirkan rasa terkilan terhadap sikap Marissa yang didakwa enggan mendengar nasihat dan membantah apabila cuba ditegur oleh ahli keluarga.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat reaksi segera daripada kakak kepada Misya Mazlan, yang dikenali sebagai Kakya Nadia. Menerusi ruangan komen, beliau mencabar kesahihan kenyataan yang dibuat oleh Abby dan meminta bukti bagi setiap dakwaan tersebut.

    “Confirm eh tak ada bukti dan adik saya mereka cerita? Sebab apa yang adik saya tulis semuanya sahih dan ada bukti. Saya tunggu reply dari Kak Abby,” tulis Kakya Nadia dalam komen yang kini tular.

    Beliau turut mengingatkan Abby bahawa dialah individu pertama yang menghubungi pihak Abby dan suaminya (Abang Jai) ketika isu hubungan sulit tersebut mula dikesan pada peringkat awal.

    Kemelut ini terus menjadi perhatian netizen memandangkan ia melibatkan pendedahan demi pendedahan mengenai perkahwinan kedua Aslam bersama Marissa yang didakwa dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama serta konflik keluarga yang semakin meruncing di platform digital.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14997

  • Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat ‘simpan’ kekasih dalam rumah

    Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat ‘simpan’ kekasih dalam rumah

    MELAKA 1 April – Tindakan seorang ibu tunggal membenarkan anak lelakinya membawa pulang kekasih untuk tinggal bersama di sebuah rumah flat di Peringgit membawa padah apabila mereka sekeluarga dicekup pihak berkuasa agama.

    Dalam serbuan kira-kira jam 2.05 pagi Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan ibu tunggal berusia 45 tahun itu bersama anak lelaki (22 tahun), anak perempuan (24 tahun) serta seorang wanita bukan mahram berusia 20 tahun.

    Wanita muda yang ditahan itu dipercayai merupakan kekasih kepada anak lelaki pemilik rumah berkenaan dan masih bergelar pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

    Menurut sumber, ketika pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam, pelajar terbabit memberikan alasan hanya menumpang sementara sepanjang cuti semester kerana mendakwa mempunyai masalah keluarga di Alor Gajah.

    “Ibu dan kakak kepada lelaki terbabit turut ditahan kerana dipercayai bersubahat dan membenarkan keadaan itu berlaku sehingga membuka ruang kepada perbuatan maksiat,” katanya di sini hari ini.

    Keempat-empat individu terbabit dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang syariah negeri.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak, manakala ahli keluarga lain disiasat di bawah Seksyen 34 enakmen sama kerana bersubahat.

    Tangkapan tersebut turut dikongsikan melalui akaun TikTok rasmi JAIM sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak memandang remeh batas pergaulan dan hukum syarak dalam institusi kekeluargaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14996

  • Anne Ngasri dilantik Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

    Anne Ngasri dilantik Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR 1 April – Pelakon terkenal, Anne Ngasri dilantik sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur berkuat kuasa mulai 2 Mac lalu.

    Pengurusan hotel berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan pelantikan tersebut, yang kemudian dikongsikan Anne menerusi media sosial miliknya.

    Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

    “Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur namun saya sedar bahawa amanah ini bukan sesuatu yang ringan.

    Selain bergiat dalam bidang seni, Anne yang merupakan isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan turut memegang jawatan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14992

  • “Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan

    “Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan

    KLANG 1 April – “Saya nak nyawa dibalas nyawa.” Itu luahan hiba Nor Nadia, isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang maut dirempuh pemandu mabuk dan positif dadah dalam kejadian tragis di Jalan Raya Barat, Ahad lalu.

    Nor Nadia yang masih diselubungi kesedihan mendalam menuntut agar pelaku terbabit dikenakan hukuman paling berat dan setimpal dengan jenayah yang telah meragut nyawa suaminya.

    Beliau berkata demikian dengan nada sebak sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Klang kira-kira jam 9.20 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

    Presiden Persatuan Dinamik Sinar Kasih (DSK), Datuk N Sivakumar menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti kegagalan tindakan tegas dan kelemahan penguatkuasaan yang terus mengancam keselamatan rakyat.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, mangsa maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu secara laju dan berbahaya oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan hasil ujian saringan mendapati pemandu kenderaan tersebut positif alkohol dan dadah ketika kejadian berlaku.

    Kes kini sedang dikendalikan pihak berkuasa bagi tindakan lanjut di bawah peruntukan undang-undang sedia ada melibatkan pemanduan di bawah pengaruh bahan terlarang sehingga menyebabkan kematian.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14995

  • MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik

    MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik

    CYBERJAYA 1 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu mengenai peningkatan tarif baharu elektrik di platform Facebook, Threads dan WhatsApp.

    MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kandungan tersebut dikesan menyalahgunakan elemen reka grafik rasmi agensi berita Astro AWANI bagi mengelirukan orang ramai.

    Siasatan dijalankan selepas menerima aduan bahawa maklumat yang disebarkan adalah tidak benar dan sengaja disunting untuk menimbulkan persepsi negatif serta kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

    “Hasil semakan mendapati kandungan tersebut telah disunting daripada kandungan rasmi Astro AWANI. Tindakan ini boleh mengakibatkan panik kepada orang ramai,” jelas kenyataan itu.

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

    MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan masyarakat dengan penyebaran berita tidak sahih.

    “Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” tambahnya lagi.

    Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi untuk memuat naik kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14994

  • Beri alasan hantar ‘check-in’ inap desa, lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat

    Beri alasan hantar ‘check-in’ inap desa, lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat

    PONTIAN 1 April – Taktik seorang lelaki berstatus suami orang memberi alasan hanya menghantar seorang wanita ke sebuah inap desa (homestay) gagal apabila kedua-duanya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi semalam.

    Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan berusia 30-an tersebut ditangkap di sebuah rumah batu setingkat di daerah ini hasil aduan orang awam melalui panggilan telefon.

    Jurucakap JAINJ memaklumkan, pihaknya terpaksa menunggu hampir sejam dan akhirnya memotong mangga gril pintu hadapan selepas penghuni rumah berkenaan enggan memberikan kerjasama.

    “Pemeriksaan di dalam rumah yang dalam keadaan cahaya samar-samar itu mendapati seorang wanita sedang duduk di sebelah katil di bilik utama dengan berpakaian lengkap seluar serta baju lengan panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

    Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan merupakan pemilik inap desa tersebut manakala pasangannya pula berstatus janda yang bekerja di daerah yang sama.

    Lelaki itu memberi alasan hanya menghantar wanita terbabit untuk menyewa di situ bagi memudahkan urusan beraya di rumah kawan pada keesokan harinya.

    Bagaimanapun, pasangan yang bukan muhrim itu tetap ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 kerana berkhalwat di tempat sunyi dan tertutup.

    Pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke pejabat agama untuk tindakan dan siasatan lanjut.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14993

  • Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg PM arah tangguh dedah hasil siasatan Azam Baki

    Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg PM arah tangguh dedah hasil siasatan Azam Baki

    KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan menafikan laporan media antarabangsa yang mendakwa wujud arahan untuk menangguhkan pendedahan hasil siasatan berhubung pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan dakwaan laporan Bloomberg itu sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

    Menurut beliau, susulan pembentangan dapatan jawatankuasa siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu, prosiding terhadap Azam Baki telah pun dimulakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    “Prosiding ini melibatkan proses dan tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

    Shamsul berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan lanjut terhadap Bloomberg berhubung laporan berkenaan.

    Penafian itu dibuat susulan laporan Bloomberg semalam yang mendakwa Anwar Ibrahim kononnya mengarahkan pegawai supaya menangguhkan pendedahan dapatan siasatan terhadap Azam, sementara menunggu siasatan berasingan berkaitan dakwaan pakatan sulit melibatkan beberapa ahli perniagaan dan pegawai SPRM diselesaikan.

    Sebelum ini, Azam dan SPRM telah menafikan sebarang salah laku berkaitan dakwaan tersebut.

    Bloomberg turut melaporkan Azam memiliki 17.7 juta saham atau 1.7 peratus dalam Velocity Capital Bhd berdasarkan penyata tahunan syarikat yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu.

    Beliau didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024 yang mengehadkan pegangan saham penjawat awam dalam syarikat diperbadankan di Malaysia kepada tidak melebihi lima peratus modal berbayar atau bernilai RM100,000, mana-mana lebih rendah.

    Bagaimanapun, Azam menjelaskan bahawa urus niaga tersebut telah diisytiharkan dan saham berkenaan telah dilupuskan pada tahun lalu.

    Dalam perkembangan sama, peguam beliau telah menghantar surat tuntutan kepada Bloomberg, menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta, manakala pihak media itu mempertahankan laporan yang diterbitkan.

    Terdahulu, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham melibatkan Azam, dengan hasil siasatan itu akan diteliti oleh Lembaga Tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14991

  • 泰国旅游要注意!上网填入境卡 小心点进诈骗付费网站!

    泰国旅游要注意!上网填入境卡 小心点进诈骗付费网站!

    (曼谷31日综合电)准备入境泰国要小心诈骗网站!

    泰国移民局警告外国旅客,诈骗网站假冒泰国数位入境卡(Thailand Digital Arrival Card, TDAC)官网收取费用,实际上官方注册完全免费。

    移民局发言人指出,至少10%外国入境旅客误用诈骗网站,被收取20至90美元(约80.83至363.74令吉)不等费用,个资还可能遭盗用。

    🔗 Source: https://www.chinapress.com.my/?p=4871177

  • 旅游部与业界密切沟通 协调应对燃油成本压力

    旅游部与业界密切沟通 协调应对燃油成本压力

    (布城31日讯)旅游、艺术及文化部长拿督斯里张庆信说,面对当前外部局势可能带来的连锁影响,该部将继续与业界保持密切沟通,针对包括燃油与柴油成本在内的营运压力,透过适当层级展开协调,并推动更具针对性的政策讨论。

    他也呼吁业界继续提供更详细、完整及可对照的数据资料,尤其是当前局势前后在营运成本、价格结构及市场反应方面的变化情况,以便政府更准确掌握真实影响,并制定更具针对性与实效的应对方案。

    他重申,大马始终是一个安全、稳定且欢迎世界各地游客到来的国家。

    张庆信今日与旅游业者会面后发文告说,在当前局势下,国家的优先任务十分明确,那就是全力维护经济稳定、强化韧性基础,并确保旅游业乃至整体经济能够在外部压力之下继续稳健前行。

    他说,当前所面对的,是一场牵动全球供应链、能源体系及市场预期的复杂局面,其规模与影响范围前所未有,若有人刻意援引过去国际局势动荡、国际原油价格上涨的时期,并以当时国内油价未曾飙升至某一水平作为对比依据,进而质疑当前形势或政策应对,这缺乏基本的可比性。

    “在这样的背景下, 任何脱离整体脉络、选择性引用数据或情境的说法,不仅容易误导公众判断,更可能被利用来煽动情绪、制造恐慌,削弱社会对经济稳定的信心。”

    张庆信强调,在全球局势高度不确定之际,任何试图借题发挥、刻意挑动舆论、误导基层认知,甚至将复杂国际局势工具化和政治化的做法,都无助于国家应对当前挑战,反而只会削弱人民对经济前景的信心,破坏社会整体稳定。

    张庆信指出,尽管西亚地缘局势持续动荡,我国旅游业整体表现依然稳健,国际游客到访量继续保持正增长,显示我国旅游市场具备良好韧性,也反映出整体基础依然稳固。

    他说,从3月1日至26日,大马录得283万5724人次国际游客到访,比2025年同期增长2.4%;其中东盟市场继续稳居最大客源,累计录得209万3096人次,按年增长0.6%。

    “东亚市场录得40万7171人次,按年增长12.8%,其中,以中国市场表现尤其突出,增幅达22.7%。

    “南亚市场录得12万3270人次,按年微跌0.4%;西亚市场则受当前地缘局势影响,录得4398人次,按年下滑40.3%;中亚市场录得6569人次,按年增长21%;非洲市场录得7165人次,下滑7.5%;欧洲市场录得12万4824人次,增长5.2%;美洲市场录得约3万6099人次,微跌0.4%;大洋洲市场则录得3万3127人次,增长20.2%。”

    部长指出,上述数据说明我国旅游市场整体仍具稳定性、恢复力与再配置空间。

    张庆信透露,在航空连通性方面,大马当前并未面对航线取消潮,反而持续迎来新航线及新增运力,反映国际航空市场对大马旅游前景依然抱持信心。

    他说,旅游部会采取更聚焦、更主动、也更具价值导向的旅游推广策略,进一步加强高价值客群与高端旅游市场的布局。

    “接下来所追求的,不只是游客数量的提升,更是旅游品质、游客消费能力、停留时间以及整体经济贡献的同步提升。”

    他指出,大马也将持续巩固在全球穆斯林友好旅游领域的领先优势。

    他说,政府将持续完善清真生态体系、提升穆斯林友好接待标准,并强化整体旅游环境与服务体验,进一步巩固大马作为全球穆斯林旅客首选目的地之一的地位。

    “中国市场仍将是我国重点战略方向之一。近年的推广工作已进一步深入具高潜力的省份与二线城市,通过更具针对性的宣传策略、更紧密的产业合作及更完善的航线衔接,全面扩大市场覆盖面,提升转化能力与实际到访成果。”

    🔗 Source: https://www.chinapress.com.my/?p=4871192

  • 政府维持柴油补贴 4月发放300令吉

    政府维持柴油补贴 4月发放300令吉

    (吉隆坡31日讯)财政部宣布,符合昌明柴油补贴计划(BUDI Diesel)资格的个人、小农和小园主,在4月份的柴油补贴维持在300令吉,于4月8日起发放,惠及34万名受惠者,拨款总额为1亿200万令吉。

    财政部文告指出,在全球能源市场日益动荡的背景下,昌明政府采取坚定措施保护人民,继续维持昌明柴油补贴计划的援助,2026年4月份的补贴金额为每月300令吉。

    文告说,每月100令吉的临时额外补贴将继续发放,使个人及农产品领域的补贴总额维持在300令吉。

    文告说,首相兼财政部长拿督斯里安华强调,政府关注并体恤因全球燃油价格上涨而给人民带来的压力。政府采取此措施,是为了确保柴油使用者,特别是个人及农产品领域,能够持续获得支持,并保护他们免受全球燃油价格全面上涨的冲击。

    “自2024年5月推出以来,昌明柴油补贴计划发放的现金援助总额达11亿2000万令吉,减轻民众的生活成本负担。这项精准补贴方式确保援助能送达真正有需要的人士手中,同时在全球持续动荡的局势下,维持国家的财政纪律。”

    “除了这项临时措施外,政府也正在考虑中长期方案,以确保补贴制度持续稳定、透明和惠及人民。”

    财政部指出,政府将持续密切监督全球能源市场的发展,并随时准备迅速采取额外措施,以确保供应保持稳定与充足。同时,政府也将加强执法力度,以杜绝纰漏,确保补贴真正惠及目标群体。

    财政部说,昌明柴油补贴计划的申请全年开放,可通过官方网站 https://budidiesel.gov.my 提出申请。

    🔗 Source: https://www.chinapress.com.my/?p=4871246