Author: jnj-admin

  • Trump pertahankan ejen imigresen, selepas wanita ditembak mati dalam operasi

    Trump pertahankan ejen imigresen, selepas wanita ditembak mati dalam operasi

    Seorang wanita maut ditembak oleh ejen Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) ketika satu operasi penguatkuasaan imigresen berskala besar dijalankan di Minneapolis, Minnesota, sekali gus mencetuskan pertikaian antara kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa bandar itu.

    Kejadian pada 7 Januari 2026 berlaku ketika ratusan ejen persekutuan dikerahkan ke Minneapolis sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih tegas pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap penguatkuasaan undang-undang imigresen.

    Menurut laporan Reuters, operasi tersebut bukan operasi pengusiran terus, sebaliknya bertujuan mengesan dan menahan individu sasaran tertentu, termasuk warga asing tanpa dokumen, mereka yang mempunyai perintah mahkamah imigresen atau individu yang disyaki terbabit dalam kes jenayah.

    Operasi itu dijalankan di kawasan awam dengan kehadiran ejen bersenjata serta kenderaan tidak bertanda. Pihak berkuasa bandar Minneapolis mengesahkan mangsa, Renee Nicole Good, 37, bukan sasaran operasi ICE dan merupakan warganegara Amerika Syarikat.

    Sebelum kejadian, mangsa berada di dalam sebuah kenderaan yang berhenti di tengah jalan di kawasan operasi sehingga menghalang lalu lintas. Rakaman video yang tersebar menunjukkan beberapa ejen menghampiri kenderaan mangsa dan memberikan arahan kepadanya, termasuk jeritan supaya dia keluar dari kenderaan.

    Mangsa kemudian menggerakkan kenderaannya untuk meninggalkan kawasan tersebut. Rakaman video menunjukkan dia cuba memutar kenderaan sebelum memandu ke hadapan. Sejurus selepas itu, seorang ejen melepaskan tembakan yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

    A post shared by Al Jazeera English (@aljazeeraenglish)

    🔗 Source: https://thereporter.my/trump-pertahankan-ejen-imigresen-wanita-ditembak-mati/

  • Sepasang warga emas di Kedah terpaksa berpakat dengan pihak AADK untuk menangkap cucu mereka sendiri yang merupakan seorang penagih dadah tegar.

    Sepasang warga emas di Kedah terpaksa berpakat dengan pihak AADK untuk menangkap cucu mereka sendiri yang merupakan seorang penagih dadah tegar.

    Si datuk sengaja membiarkan pintu rumah tidak berkunci bagi memudahkan serbuan dilakukan demi menyelamatkan masa depan cucu berusia 30 tahun itu yang semakin rosak dan enggan mendengar nasihat keluarga.Tindakan hiba itu diambil agar cucunya kembali insaf selepas segala kasih sayang yang diberikan sejak kecil gagal mengubah tabiat buruk pemuda berkenaan.

    Warga emas tersebut memohon agar cucunya dikenakan hukuman berat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya sebagai pengajaran supaya dia sedar akan kesilapannya dan pulih daripada ketagihan.Pihak berkuasa memuji tindakan berani pasangan warga emas ini yang mengutamakan pemulihan daripada membiarkan ahli keluarga terus hanyut dengan dadah.

    Orang ramai digesa mencontohi ketegasan ini dan segera melaporkan ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang bagi mendapatkan bantuan pakar sebelum terlambat.Sumber: FB, AADK Daerah Kuala Muda

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17mkSbiiSC/

  • MOTAC arah jaminan bank dilaksana segera

    MOTAC arah jaminan bank dilaksana segera

    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius insiden membabitkan seramai 36 jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Madinah selepas agensi Al Aisy Travel & Tours Sdn. Bhd. gagal menyediakan penginapan serta tiket penerbangan pulang seperti yang dijanjikan.

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jemaah terlibat termasuk warga emas dan kanak-kanak telah membuat bayaran penuh sebanyak RM7,600 seorang namun terpaksa berdepan tekanan kewangan dan emosi apabila agensi berkenaan mengabaikan tanggungjawab asas mereka. Lebih menyedihkan, kumpulan jemaah itu terpaksa mendapatkan bantuan derma bagi membolehkan mereka membeli tiket penerbangan pulang ke tanah air.

    Menurut beliau, insiden berkenaan sekali lagi membuktikan keperluan mendesak untuk melaksanakan kewajipan jaminan bank (Bank Guarantee) sebagai syarat mandatori pelesenan agensi pelancongan, khususnya pengendali pakej umrah, di bawah peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

    “Langkah ini bukan sahaja wajar, malah semakin mendesak bagi melindungi jemaah dan pengguna daripada pengusaha yang tidak bertanggungjawab serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap industri umrah dan pelancongan negara,” katanya.

    Tiong menjelaskan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku, malah berulang sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat serta rasa tidak berdaya dalam kalangan mangsa. Ramai jemaah sebelum ini dilaporkan menanggung kerugian besar dan terpaksa mencari jalan pulang sendiri tanpa sebarang sokongan daripada agensi yang sepatutnya bertanggungjawab.

    Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan pelaksanaan segera mekanisme jaminan bank sebagai syarat wajib kepada semua agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah. Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan wang jemaah sentiasa dilindungi dan pampasan dapat disalurkan tanpa kelewatan sekiranya berlaku penipuan, kecuaian atau kegagalan agensi.

    “Ini bukan beban kepada pengusaha yang jujur, sebaliknya satu tindakan tegas untuk membina ekosistem pelancongan yang selamat, boleh dipercayai dan berintegriti,” katanya.

    Jelas beliau,laporan mengenai kejadian itu diterima MOTAC melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, dan kesemua jemaah terlibat telah selamat tiba di KLIA Terminal 2 pada 6 Januari 2026. Walaupun kepulangan mereka amat melegakan, Tiong menegaskan bahawa hakikat insiden seperti ini masih berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

    “Hasil siasatan awal mendapati premis syarikat berkenaan tidak lagi beroperasi dan terdapat beberapa pelanggaran serius di bawah Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992.

    “Susulan itu, MOTAC telah menjalankan penggeledahan, merakam percakapan pihak syarikat serta jemaah terlibat, selain membuka kertas siasatan. Kertas syor pembatalan lesen syarikat juga sedang dimuktamadkan untuk pertimbangan pengurusan tertinggi kementerian,”katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Tiong mendedahkan bahawa dari tahun 2023 hingga Oktober 2025, MOTAC telah melaksanakan 64 operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan penggantungan dan pembatalan lesen terhadap agensi pelancongan yang melanggar undang-undang. Dalam tempoh itu, empat lesen digantung manakala dua lesen dibatalkan.

    Namun katanya, kejadian yang terus berulang menunjukkan pendekatan sedia ada perlu diperkukuh dan diperketat.

    MOTAC turut menyeru orang ramai supaya sentiasa menyemak status lesen agensi pelancongan sebelum membuat sebarang bayaran, selain melaporkan segera sebarang penyelewengan agar tindakan pantas dapat diambil.

    “Kebajikan jemaah dan pengguna adalah keutamaan MOTAC. Tindakan tegas akan diteruskan bagi memastikan industri pelancongan, khususnya sektor umrah, hanya dikendalikan oleh pengusaha yang benar-benar berintegriti, profesional dan bertanggungjawab,” tegasnya.

    Sumber: Facebook Datuk Seri Tiong King Sing

    🔗 Source: https://thereporter.my/motac-arah-jaminan-bank-dilaksana-segera/

  • Albert Tei saman SPRM, dakwa dipaksa pakai baju lokap

    Albert Tei saman SPRM, dakwa dipaksa pakai baju lokap

    Ahli perniagaan, Albert Tei memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, SPRM dan kerajaan Malaysia atas dakwaan dipaksa memakai baju lokap berwarna oren serta digari walaupun belum disabitkan sebarang kesalahan oleh mahkamah.

    Saman dan tuntutan ganti rugi itu difailkan di Mahkamah Tinggi dengan hujah tindakan berkenaan mencabuli hak asasi serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

    Peguamnya, N. Surendran mendakwa pemakaian baju lokap terhadap individu yang masih disiasat adalah tidak berperlembagaan, memalukan serta menjatuhkan maruah anak guamnya apabila gambar-gambar tersebut tersebar kepada umum.

    Albert turut mendakwa SPRM sengaja membawanya ke beberapa lokasi awam dengan berpakaian lokap bagi mencemarkan imej dan mendera mentalnya, selain mempersoalkan layanan berbeza terhadap individu berprofil tinggi yang tidak diarahkan memakai baju lokap ketika ditahan.

    Terdahulu, Albert dan bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Akin mengaku tidak bersalah terhadap beberapa pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM230,000 berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

    Sumber: Free Malaysia Today, Malaysia Gazette

    🔗 Source: https://thereporter.my/albert-tei-saman-sprm-dakwa-dipaksa-pakai-baju-lokap/

  • ‘Kebenaran terbukti jua’ – Zahid Hamidi

    ‘Kebenaran terbukti jua’ – Zahid Hamidi

    Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan rasa syukur beliau selepas keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadapnya berhubung 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

    “Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” kata Ahmad Zahid.

    Terdahulu, keputusan Jabatan Peguam Negara itu dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap siasatan tambahan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan berkenaan.

    Menurut AGC, siasatan tambahan merangkumi analisis sumber dana, kaedah perolehan, penggunaan dana, serta enam representasi yang dikemukakan oleh pihak terbabit. Jabatan Peguam Negara mendapati bahawa keterangan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan terhadap semua pertuduhan tersebut.

    Beberapa faktor telah diambil kira dalam membuat keputusan ini, termasuk skop dan fokus siasatan awal, penilaian dalaman mengenai kesesuaian bukti pada peringkat awal, langkah-langkah siasatan lanjut oleh SPRM, serta dapatan berkaitan operasi Yayasan Akalbudi, termasuk aliran dan sumbangan dana dari semasa ke semasa.

    Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan profesional dan undang-undang, selaras dengan kuasa Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini diambil dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan, serta kepastian dan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah.

    🔗 Source: https://thereporter.my/kebenaran-terbukti-jua-zahid-hamidi/

  • Lonjakan harga tembaga mencecah RM42 sekilogram telah mencetuskan peningkatan mendadak kes kecurian kabel dan vandalisme infrastruktur awam.

    Lonjakan harga tembaga mencecah RM42 sekilogram telah mencetuskan peningkatan mendadak kes kecurian kabel dan vandalisme infrastruktur awam.

    Aktiviti ini kebanyakannya didorong oleh pengutip logam haram dan warga asing yang bergerak tanpa premis tetap sekali gus menyukarkan tindakan penguatkuasaan serta menjejaskan imej pengusaha kitar semula berlesen.Datuk Seri RS Arumugham menyarankan agar transaksi tunai bagi pembelian logam terpakai dilarang dan mewajibkan pengenalan diri penjual untuk mengesan rantaian barang curi.

    Beliau turut menegaskan bahawa pengusaha berlesen dilarang keras membeli aset kerajaan seperti kabel utiliti atau penutup longkang yang merupakan satu kesalahan jenayah besar.Penduduk sekitar Lembah Klang turut mengadu tentang kehadiran pengutip haram yang semakin berani mengambil barangan logam tanpa kebenaran di kawasan perumahan.

    Pihak berkuasa digesa memperketatkan kawalan bagi melindungi aset awam daripada terus menjadi sasaran pencuri yang mahu mengaut keuntungan mudah daripada kenaikan harga logam tersebut.Sumber: MediaSelangor

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16L4qomGMw/

  • Ibu bapa di China kini menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan video wajah anak mereka menjadi tua dan kesunyian sebagai taktik mendesak mereka segera berkahwin.

    Ibu bapa di China kini menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan video wajah anak mereka menjadi tua dan kesunyian sebagai taktik mendesak mereka segera berkahwin.

    Video tersebut memaparkan versi masa hadapan anak yang meluahkan kekesalan kerana hidup sendirian tanpa pasangan hidup.

    Trend ugutan emosi digital ini menggunakan teknologi klon suara serta penuaan realistik bagi mencetuskan rasa bersalah dan takut dalam diri golongan bujang.Walaupun dianggap kreatif oleh sesetengah pihak majoriti anak muda menyifatkan tindakan tersebut sebagai manipulasi emosi yang toksik dan melampaui batas privasi.

    Pakar psikologi melihat fenomena ini sebagai gambaran jurang generasi yang semakin melebar antara kerisauan ibu bapa dengan keinginan anak muda yang lebih mementingkan kerjaya.

    Tekanan untuk berkahwin kini bukan lagi sekadar leteran lisan tetapi berubah menjadi kandungan digital yang menghantui hubungan kekeluargaan.Sumber: South China Morning Post

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17w2x6v9Xu/

  • Doktor perubatan Dr Nik Ariff memberi amaran bahawa pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan sakit saraf dan rasa kebas anggota badan.

    Doktor perubatan Dr Nik Ariff memberi amaran bahawa pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan sakit saraf dan rasa kebas anggota badan.

    Kandungan gula yang tinggi dalam raja buah ini mampu mencetuskan lonjakan gula mendadak serta mengganggu aliran oksigen dalam darah terutama bagi penghidap diabetes.Pakar nutrisi Dr Hafiz Sulaiman turut menasihati orang ramai agar mengelakkan makan durian pada lewat malam bagi mengelakkan perut berangin atau asid naik ke dada.

    Sistem penghadaman yang perlahan pada waktu malam akan bekerja lebih keras untuk memproses lemak dan serat tinggi sehingga boleh menjejaskan keselesaan badan.Peminat durian disarankan mengehadkan pengambilan kepada satu hingga dua ulas sahaja serta melebihkan minum air kosong bagi mengurangkan tekanan metabolisme.

    Elakkan juga mengambil durian bersama minuman manis atau alkohol bagi memastikan kesihatan saraf dan sistem badan kekal terjaga sepanjang musim durian.Sumber: Tiktok @drnikariff, FB Hafiz Sulaiman

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1a2hbe3m38/

  • Sekitar 1.

    Sekitar 1.

    4 juta pengguna vape di Malaysia dijangka kembali merokok konvensional susulan cadangan kerajaan mengharamkan sistem pod terbuka yang mudah dimanipulasi.

    Langkah Kementerian Kesihatan ini bertujuan membendung penyalahgunaan bahan terlarang namun pakar bimbang ia akan meningkatkan semula kadar perokok tegar.

    Unjuran kos rawatan penyakit berkaitan rokok juga dikhuatiri melonjak mencecah RM7.4 bilion menjelang tahun 2025 jika trend ini berlaku.Majoriti pengguna yang merupakan bekas perokok mengakui akan beralih semula kepada rokok sebagai pilihan paling mudah untuk memenuhi ketagihan nikotin harian.

    Walaupun kadar merokok menunjukkan penurunan sejak beberapa tahun lalu pengharaman vape secara menyeluruh dilihat berpotensi menjejaskan sasaran kesihatan negara bagi tahun 2030.

    Dilema kini timbul antara keperluan mengawal selia peranti elektronik dengan risiko peningkatan semula jumlah perokok di pasaran terbuka.Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14WTdg4C7Dn/

  • Satu rakaman tular menunjukkan sebuah Perodua Alza melakukan pusingan U berbahaya di garisan berkembar di Jalan Segamat Johor pada 4 Januari lalu.

    Satu rakaman tular menunjukkan sebuah Perodua Alza melakukan pusingan U berbahaya di garisan berkembar di Jalan Segamat Johor pada 4 Januari lalu.

    Tindakan luar kawal pemandu MPV tersebut menyebabkan dua kenderaan di belakangnya terpaksa mengelak ke laluan bertentangan bagi mengelakkan rempuhan maut.Pemilik video meluahkan rasa berang kerana brek mengejut itu menyebabkan anak anaknya yang masih kecil terpelanting di dalam kereta.

    Suasana menjadi lebih mencemaskan apabila sebuah lori muncul dari arah bertentangan sebaik sahaja mereka berjaya mengelak tindakan mementingkan diri pemandu berkenaan.Hantaran tersebut mendapat kecaman hebat netizen serta perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan Johor yang meminta aduan rasmi dilakukan.

    Pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak melanggar undang undang lalu lintas demi keselamatan nyawa orang lain serta mengelakkan saman atau tindakan tegas.

    Sumber: Tiktok @samyangmalu

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1C3KhCQaKp/